Analisis Kesalahan Imbuhan Bahasa Sanskrit

 Analisis Kesalahan Kata

Analisis kesalahan pembentukan kata yang melibatkan imbuhan bahasa asing dalam media dilakukan dengan menghuraikan setiap contoh dari segi kesalahan, pembetulan dan sebab berdasarkan prinsip tatabahasa bahasa Melayu.

 Imbuhan Pinjaman daripada Bahasa Sanskrit

Imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit merupakan unsur asing yang diserap ke dalam bahasa Melayu untuk memperkaya kosa kata dan memenuhi keperluan peristilahan, khususnya bagi konsep abstrak. Imbuhan awalan seperti maha-tata-pra-swa dan tuna serta imbuhan bilangan seperti eka-dwi dan tri digunakan untuk memberikan makna tertentu, manakala pasca- membawa maksud selepas, contohnya mahasiswatatabahasa dan prasekolah (Nik Safiah Karim et al., 2024). Akhiran seperti -wan-man-wati dan -nita pula digunakan untuk merujuk kepada individu berdasarkan peranan atau sifat, seperti usahawan dan seniman. Penggunaannya perlu ditulis rapat dengan kata dasar dan sering berlaku kekeliruan seperti jelitawati yang sepatutnya jelitawan. Walaupun tidak semua imbuhan ini bersifat produktif, penguasaannya penting dalam pendidikan bagi memastikan penggunaan bahasa yang tepat dan formal.


i)



Aspek

Contoh

Ayat asal

JAS Bintulu menghadiri Majlis Pra Pelancaran Bintulu Sustainability Awards (BiSA) 2026

Bentuk salah

Pra Pelancaran

Bentuk betul

Prapelancaran

Jenis kesalahan

Pemisahan imbuhan

Imbuhan terlibat

Pra-



Ayat media yang digunakan ialah “JAS Bintulu menghadiri Majlis Pra Pelancaran Bintulu Sustainability Awards (BiSA) 2026” yang mengandungi kesalahan pada frasa “Pra Pelancaran”. Kesalahan ini melibatkan penggunaan imbuhan pinjaman awalan pra- yang dieja secara terpisah daripada kata dasar. Bentuk yang betul ialah “prapelancaran” kerana imbuhan pra- sebagai imbuhan terikat perlu digabungkan secara rapat dengan kata dasar apabila melibatkan kata nama am. Berdasarkan prinsip yang dihuraikan dalam Tatabahasa Dewan, awalan seperti pra- tidak boleh dipisahkan kecuali jika digabungkan dengan kata nama khas yang memerlukan tanda sempang (Nik Safiah Karim et al., 2024). Oleh itu, penggunaan “Pra Pelancaran” adalah tidak gramatis dan menunjukkan kurangnya penguasaan terhadap sistem morfologi bahasa Melayu, kemungkinan dipengaruhi oleh struktur bahasa Inggeris yang cenderung memisahkan unsur awalan.

ii)





Aspek

Contoh

Ayat asal

Kena ajar this manner. Tata tertib ziarah Raya, terima sampul raya, adab bersalaman dan sebagainya

Bentuk salah

Tata tertib

Bentuk betul

Tatatertib

Jenis kesalahan

Pemisahan imbuhan

Imbuhan terlibat

Tata-



Ayat media yang digunakan ialah “Kena ajar this manner. Tata tertib ziarah Raya, terima sampul raya, adab bersalaman dan sebagainya” yang mengandungi kesalahan pada frasa “Tata tertib”. Kesalahan ini melibatkan penggunaan imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit, iaitu awalan tata- yang ditulis secara terpisah daripada kata dasar. Bentuk yang betul ialah “tatatertib” kerana imbuhan tata- merupakan imbuhan terikat yang perlu digabungkan secara rapat dengan kata dasar bagi membentuk satu perkataan yang gramatis. Berdasarkan prinsip dalam Tatabahasa Dewan, awalan seperti tata- hendaklah dieja serangkai tanpa jarak kerana membentuk satu unit makna yang lengkap (Nik Safiah Karim et al., 2015). Kesalahan ini juga menunjukkan kurangnya penguasaan terhadap sistem morfologi bahasa Melayu serta dipengaruhi oleh kebiasaan penulisan bahasa asing yang memisahkan unsur awalan. Hal ini selari dengan dapatan kajian yang menunjukkan bahawa pengguna media sosial sering mengabaikan peraturan tatabahasa dalam penulisan tidak formal (Noor Azlina Mohd Noor & Zamri Mahamod, 2021).

iii)





Aspek

Contoh

Ayat asal

Bapak Pigai, Maha Guru HAM Semesta Raya!

Bentuk salah

Maha Guru

Bentuk betul

Mahaguru

Jenis kesalahan

Pemisahan imbuhan

Imbuhan terlibat

Maha-



Ayat media yang digunakan ialah “Bapak Pigai, Maha Guru HAM Semesta Raya!” yang mengandungi kesalahan pada frasa “Maha Guru”. Kesalahan ini melibatkan penggunaan imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit, iaitu awalan maha- yang ditulis secara terpisah daripada kata dasar. Bentuk yang betul ialah “mahaguru” kerana imbuhan maha- berfungsi sebagai imbuhan terikat yang perlu digabungkan secara rapat dengan kata dasar bagi membentuk satu unit makna yang lengkap. Menurut prinsip dalam Tatabahasa Dewan, awalan seperti maha- hendaklah dieja serangkai dengan kata dasar apabila melibatkan kata nama am (Nik Safiah Karim et al., 2015). Penggunaan bentuk terpisah seperti “Maha Guru” adalah tidak gramatis dan mencerminkan ketidakpatuhan terhadap sistem morfologi bahasa Melayu. Kesalahan ini juga menunjukkan kecenderungan pengguna media sosial untuk mengabaikan peraturan ejaan serta dipengaruhi oleh struktur bahasa asing yang tidak menggabungkan imbuhan secara rapat, selaras dengan dapatan kajian yang menegaskan bahawa kesalahan bahasa sering berlaku dalam komunikasi digital yang tidak formal  (Mohamad Suhaizi Suhaimi & Julaina Nopiah, 2024).


iv)


Aspek

Contoh

Ayat asal

Majlis Ikrar Pelajar, Pusat Pengajian Pra Universiti, Universiti Malaysia Sarawak

Bentuk salah

Pra Universiti

Bentuk betul

Pra Universiti

Jenis kesalahan

Pemisahan imbuhan

Imbuhan terlibat

Pra-


Ayat media yang digunakan ialah “Majlis Ikrar Pelajar, Pusat Pengajian Pra Universiti, Universiti Malaysia Sarawak” yang mengandungi kesalahan pada frasa “Pra Universiti”. Kesalahan ini melibatkan penggunaan imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit, iaitu awalan pra- yang ditulis secara terpisah daripada kata dasar. Bentuk yang betul ialah “prauniversiti” kerana imbuhan pra- merupakan imbuhan terikat yang perlu digabungkan secara rapat dengan kata dasar apabila melibatkan kata nama am. Berdasarkan prinsip dalam Tatabahasa Dewan, awalan seperti pra- hendaklah dieja serangkai kecuali jika digabungkan dengan kata nama khas yang memerlukan tanda sempang (Nik Safiah Karim et al., 2015). Oleh itu, penggunaan “Pra Universiti” adalah tidak gramatis kerana memisahkan imbuhan daripada kata dasar. Kesalahan ini menunjukkan kurangnya penguasaan terhadap peraturan morfologi bahasa Melayu serta kemungkinan dipengaruhi oleh struktur bahasa Inggeris yang cenderung memisahkan unsur kata, selaras dengan dapatan kajian yang menunjukkan bahawa kesalahan imbuhan dan ejaan sering berlaku dalam penggunaan bahasa di media digital (Noor Azlina Mohd Noor & Zamri Mahamod, 2021).


No comments:

Post a Comment

                                                                           Biodata Pelajar  NAMA PELAJAR FARAH ATHIRAH ...