Pengenalan

 Pengenalan


Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memainkan peranan penting dalam komunikasi rasmi, pendidikan dan pembinaan ilmu dalam masyarakat. Keupayaan bahasa ini diperkukuh melalui sistem pembentukan kata yang tersusun, khususnya melalui proses pengimbuhan yang membolehkan pembentukan istilah baharu selaras dengan perkembangan ilmu semasa. Dalam konteks ini, penggunaan imbuhan bahasa asing turut menyumbang kepada pengayaan kosa kata bahasa Melayu, terutama dalam bidang sains, teknologi dan komunikasi (Nik Safiah Karim et al., 2015).

Selain itu, media cetak dan media elektronik berperanan sebagai medium utama penyebaran bahasa kepada masyarakat. Namun demikian, penggunaan bahasa dalam media sering memperlihatkan pelbagai kesalahan, khususnya dalam pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing. Kesalahan ini boleh menjejaskan ketepatan bahasa dan memberi kesan kepada kefahaman pengguna bahasa. Sehubungan itu, penulisan ini bertujuan untuk menghuraikan serta menganalisis kesalahan pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing yang terdapat dalam media berdasarkan prinsip tatabahasa bahasa Melayu.



Konsep Imbuhan Bahasa Asing




Imbuhan bahasa asing, atau imbuhan pinjaman, merujuk kepada unsur morfem daripada bahasa luar yang digunakan dalam pembentukan kata bahasa Melayu bagi menyokong kemasukan kata pinjaman serta memenuhi keperluan peristilahan dalam pelbagai bidang ilmu.

Dari segi sifat, imbuhan ini tidak semuanya berfungsi secara aktif dalam sistem bahasa Melayu kerana sebahagiannya hanya hadir sebagai unit tetap dalam perkataan (Faridah Nazir et al., 2024). Penggunaannya juga menunjukkan dua bentuk penyesuaian, iaitu mengekalkan bentuk asal seperti memproses dan mematuhi sistem bahasa Melayu seperti memahami.

Imbuhan ini terbahagi kepada tiga kategori utama, iaitu Sanskrit seperti maha- dan pra-, Arab-Parsi seperti -wi dan -iah, serta Yunani-Latin-Inggeris seperti anti- dan pro- yang banyak digunakan dalam bahasa Melayu moden.

Dalam konteks pendidikan, penguasaan imbuhan ini penting kerana penggunaannya melibatkan aspek pemahaman dan penulisan. Namun, pengguna bahasa sering menghadapi kesukaran seperti kesalahan ejaan (pra sekolah → prasekolah), kekeliruan imbuhan (jelitawati → jelitawan) serta kesalahan pemilihan akhiran seperti seniman.



No comments:

Post a Comment

                                                                           Biodata Pelajar  NAMA PELAJAR FARAH ATHIRAH ...